IJAZAH SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH (SMPS)

(N/381/6/0032)08/30(FA 958)

Program Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah dengan Kepujian di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menawarkan kurikulum komprehensif yang menekankan penguasaan ilmu Syariah serta kemahiran perundangan yang relevan dengan keperluan semasa industri dan institusi kehakiman. Dengan tempoh pengajian sehingga empat tahun, pelajar didedahkan kepada bidang seperti undang-undang keluarga Islam, jenayah Syariah, pentadbiran kehakiman, serta penulisan hibah, faraid dan wasiat melalui sijil profesional tambahan yang disediakan.

SYARAT KEMASUKAN

  1. LULUS STPM sekurang-kurangnya Lulus Penuh dalam 2 subjek (Gred C) termasuk Pengajian Islam dan LULUS Bahasa Arab (SPM) ATAU;
  2. LULUS STAM sekurang-kurangnya pangkat Jayyid ATAU;
  3. Diploma dalam Syariah / Perundangan Syariah atau yang setara dengan PNGK 2.50 ATAU;
  4. Diploma dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.00 dan LULUS Bahasa Arab serta mana-mana subjek Pendidikan Islam (SPM) ATAU;
  5. Lepasan Matrikulasi / Asasi dengan FGK 2.00 dan LULUS Bahasa Arab serta mana-mana subjek Pendidikan Islam (SPM) ATAU;
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

STRUKTUR PROGRAM

Sepenuh Masa

Tahun 1

  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Tilawah Al-Quran
  • Ayat dan Hadis Ahkam
  • English For Academic Communication
  • Fiqh Ibadah
  • Usul Fiqh 1
  • Sistem Perundangan Malaysia
  • Undang-undang Perlembagaan
  • Falsafah dan Isu Semasa
  • English For Professional Communication
  • Usul Fiqh 2
  • Bahasa Arab Asas
  • Maqasid Syariah
  • Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia
  • Undang-undang Kontrak

Tahun 2

  • Bahasa Arab Lanjutan
  • Keterlibatan Komuniti
  • (Kokurikulum)
  • Psikologi dari
  • Perspektif Islam
  • Kajian Teks Syariah
  • Fiqh Muamalat
  • Fiqh Munakahat
  • Undang-Undang Keluarga Di Malaysia
  • Psikologi Untuk Golongan Profesional
  • Fiqh Mirath
  • Fiqh Qada’
  • Fiqh Jinayat
  • English For Law
  • Sistem Guaman dan
  • Kehakiman Syarie
  • Undang–undang Jenayah

Tahun 3

  • Undang-undang Keluarga Islam
  • Undang-undang Pentadbiran Harta Orang Islam
  • Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia
  • Ekuiti dan Amanah
  • Undang-undang Tanah
  • Sistem Kewangan Islam
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Undang-undang Keterangan di Mahkamah Syariah
  • Kemahiran Syariah dan Kesedaran Sosial
  • Undang-undang Tort
  • Kaedah Penyelidikan Undang-Undang
  • Integriti Dan Anti Rasuah

Tahun 4

  • Tatacara Mal di Mahkamah Syariah
  • Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah
  • Mock Trial di Mahkamah Syariah
  • Latihan Ilmiah
  • Penyelesaian Pertikaian Alternatif
  • Latihan Industri

Modul Elektif

  • Undang-undang Keterangan
  • Undang-undang Acara Jenayah
  • Prosedur Sivil
  • Undang-undang Perniagaan
  • Undang-undang Hubungan Industri Dan Pekerjaan

PELUANG KERJAYA / MANFAAT PROGRAM

  1. Asasi dan Diploma UNIMEL layak:
    Yuran pengajian PERCUMA 1 semester.
  2. Yuran pengajian MURAH (BERSUBSIDI).
  3. Bantuan kepada pelajar yang layak:
    i) Kupon makanan
    ii) Sara diri
    iii) Lain-lain
  4. Sijil Profesional sebagai nilai tambah:
    i) Sijil Profesional Penulisan Projek
    ii) Sijil Profesional Penulisan Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat
  5. Kemudahan asrama disediakan.
  6. Bantuan (One Off) TAPEM RM 1,000.00 kepada Anak Melaka.
  7. Pengiktirafan kelayakan bagi penerimaan masuk sebagai peguam syarie di bawah Kaedah-kaedah Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan).