DIPLOMA UNDANG-UNDANG

(R/0421/4/0004) 10/29 (FA 10006)

Program Diploma Undang-Undang di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menawarkan laluan pendidikan yang kukuh dan berfokus kepada asas perundangan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor kehakiman, guaman, pentadbiran undang-undang atau penguatkuasaan. Dengan tempoh pengajian maksimum tiga tahun, program ini menekankan penguasaan asas undang-undang sivil, kemahiran penyediaan dokumen kontrak, penulisan projek, serta pendedahan praktikal melalui suasana pembelajaran berasaskan simulasi mahkamah.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Tahfiz Bestari dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 Kepujian (Kredit) dalam mana-mana mata pelajaran ATAU;
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Tahun 1

  • Penghayatan Etika dan
    Peradaban
  • Tilawah Al-Quran
  • Bahasa Arab 1
  • Bahasa Arab Untuk Non-Muslim
  • Academic English
  • Pengantar Syariah
  • Pengenalan Sistem Undang-undang Malaysia
  • Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia
  • Fiqh Ibadah (Pelajar Islam) ATAU Sivik dan Moral (Pelajar Bukan Islam)
  • English for Specific Purpose
  • Pengenalan kepada Undang-undang Perlembagaan
  • Pengenalan kepada Undang-undang Kontrak
  • Pengenalan kepada Kemahiran Profesional Undang-undang
  • Undang-undang Keluarga Islam

Tahun 2

  • Keterlibatan Komuniti
  • Akidah dan Akhlak
  • English for Law
  • Pengenalan kepada Undang-undang Keluarga
  • Pengenalan kepada Undang-undang Komersil
  • Pengenalan kepada Undang-undang Tort
  • Pengenalan kepada Undang-undang Jenayah
  • Pengenalan kepada Ekuiti dan Amanah
  • Pengenalan kepada Undang-undang Syarikat
  • Pengenalan kepada Undang-undang Perbankan Islam dan Takaful
  • Pengenalan kepada Undang-undang Antarabangsa Awam
  • Pengenalan kepada Undang-undang Tanah Integriti dan Rasuah

Tahun 3

  • Pengenalan kepada Undang-undang Pekerjaan
  • Pengenalan kepada Undang-undang Siber
  • Pengenalan kepada Undang-undang Prosedur Mahkamah
  • Pengenalan kepada Penyelesaian Pertikaian Alternatif
  • Pengenalan kepada Undang-undang Pewarisan Islam
  • Latihan Industri

Modul Elektif

  • Undang-undang Pentadbiran Harta Orang Islam
  • Sistem Kehakiman Islam
  • Pengenalan kepada Undang-undang Konsumer
  • Pengenalan kepada Undang-undang Alam Sekitar
  • Pengenalan kepada Undang-undang Harta Intelek

PELUANG KERJAYA / MANFAAT PROGRAM

  1. Asasi UNIMEL layak:
    Yuran pengajian PERCUMA 1 semester.
  2. Yuran pengajian MURAH (BERSUBSIDI).
  3. Bantuan kepada pelajar yang layak:
    i) Kupon makanan
    ii) Sara diri
    iii) Lain-lain
  4. Sijil Profesional sebagai nilai tambah:
    i) Sijil Profesional Penulisan Projek
    ii) Sijil Profesional Penyediaan Dokumen Perjanjian Kontrak
  5. Kemudahan asrama disediakan.
  6. Bantuan dari TAPEM RM 1,000.00 kepada Anak Melaka.
  7. Lepasan Diploma Undang-undang ini layak memperolehi 50% pengecualian jam kredit di peringkat Ijazah Sarjana Muda.