Soalan Lazim

1. Apakah program pengajian yang ditawarkan di peringkat diploma, ijazah, sarjana, dan PhD?

Fakulti Undang-Undang menawarkan program berikut:​

Diploma: Diploma Perundangan Syariah (R3/0421/4/0005) dan Diploma Undang-Undang (N/380/4/0063)

Ijazah Sarjana Muda: Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah dengan Kepujian (N/381/6/0032)

Sarjana: Sarjana Undang-Undang (Forensik) (N/0414/7/0312)09/40(MQA/PA18616)

Syarat kemasukan berbeza mengikut program yang ditawarkan di bawah Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG), Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Berikut adalah syarat minimum bagi setiap program berkaitan undang-undang:


Diploma Perundangan Syariah (DPS)
1. Tempoh pengajian: 3 tahun
2. Syarat Kemasukan:
3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit, termasuk:
• Bahasa Melayu
• Pendidikan Islam atau Bahasa Arab
• Lulus Sejarah dan subjek-subjek lain


Diploma Undang-Undang (DUU)
1. Tempoh pengajian: 3 tahun
2. Syarat Kemasukan:
3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit, termasuk:
• Bahasa Melayu
• Sejarah
• Satu subjek lain
• Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik sekurang-kurangnya di peringkat lulus


Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah (SMPS) (Kepujian)
1. Tempoh pengajian: 4 tahun
2. Syarat Kemasukan:
• Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran; ATAU
• Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU
• Lulus Diploma yang berkaitan dalam bidang Pengajian Islam/Undang-Undang/Perundangan Syariah dengan PNGK minimum 2.00; ATAU
• Kelayakan lain yang diiktiraf setara oleh Senat UNIMEL dan MQA

Ya, UNIMEL membenarkan permohonan menggunakan keputusan percubaan SPM/STPM, terutamanya untuk tujuan pra-pendaftaran dan penempahan tempat awal. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat dan terma berikut:
Permohonan bersifat sementara (pra-kemasukan):

  • Pelajar boleh mengemukakan permohonan awal menggunakan keputusan percubaan SPM atau STPM sebagai rangka penilaian awal kelayakan.
  • Calon mesti melampirkan salinan keputusan percubaan yang sah: Disahkan oleh guru kelas / Pengetua / Kaunselor Sekolah.
    Penempatan adalah bersyarat:
  • Tawaran tempat bukan muktamad dan hanya akan disahkan setelah keputusan sebenar SPM/STPM diterima dan menepati syarat minimum kemasukan program.
    Calon perlu kemukakan keputusan sebenar sebaik sahaja diumumkan:
  • Kegagalan mengemukakan keputusan sebenar atau tidak memenuhi syarat minimum kemasukan akan menyebabkan penawaran terbatal secara automatik.
    Tertakluk kepada kekosongan tempat dalam program:
  • Tempat hanya akan dijamin sekiranya keputusan sebenar menepati syarat dan tempat masih tersedia dalam program yang dipohon.

Di Universiti Islam Melaka (UNIMEL), program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG) dilaksanakan secara sepenuh masa. Walau bagaimanapun, FUG mengamalkan pendekatan pembelajaran hibrid di mana kursus-kursus tertentu dijalankan secara dalam talian melalui platform seperti Google Meet. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dan aksesibiliti pembelajaran bagi para pelajar.

Di Universiti Islam Melaka (UNIMEL), program pengajian diatur berdasarkan sistem trimester, yang membahagikan tahun akademik kepada tiga semester. Ini membolehkan pelajar mengambil lebih banyak kursus dalam setahun dan berpotensi mempercepatkan tempoh pengajian mereka. Berikut adalah perincian tempoh pengajian bagi setiap peringkat:
Diploma Perundangan Syariah (DPS)
Tempoh Pengajian: 3 tahun (9 trimester)

  • Struktur Pengajian:
    Trimester 1 hingga 5: Kuliah secara sepenuh masa
    Trimester 6: Latihan industri di institusi pilihan pelajar
    Diploma Undang-Undang (DUU)
  • Tempoh Pengajian: 3 tahun (9 trimester)
  • Struktur Pengajian:
    Trimester 1 hingga 5: Kuliah secara sepenuh masa
    Trimester 6: Latihan industri di institusi pilihan pelajar
    Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah (SMPS) dengan Kepujian
  • Tempoh Pengajian: 4 tahun (12 trimester)
  • Struktur Pengajian:
    Trimester 1 hingga 7: Kuliah secara sepenuh masa
    Trimester 8: Latihan industri
    Pengecualian Kredit:
    Pelajar yang mempunyai kelayakan atau pengalaman tertentu boleh memohon pengecualian kredit. Jika diluluskan, tempoh pengajian boleh dipendekkan bergantung kepada jumlah kredit yang dikecualikan.

Yuran pengajian berbeza mengikut program. Yuran bagi program Diploma Perundangan Syariah dan Diploma Undang-Undang adalah RM16,950, manakala Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah adalah RM39,873.

Ya, UNIMEL menyediakan kemudahan pembayaran yuran secara ansuran bagi meringankan beban kewangan pelajar akan tetapi pelajar hendaklah menyelesaikan bayaran yuran tersebut sebelum peperiksaan akhir ketika sesi tersebut bermula untuk membolehkan pelajar menduduki peperiksaan akhir semester.

UNIMEL menawarkan pelbagai bentuk bantuan kewangan seperti PTPTN/ KWSP TAPEM/ PUSAT ZAKAT/ MAJLIS AGAM ISLAM NEGERI/ YAYASAN NEGERI/ dan insentif khas untuk pelajar daripada golongan B40. UNIMEL juga menyediakan kit kupon makanan kepada pelajar bagi setiap semester.

Ya, pelajar UNIMEL yang memenuhi syarat PTPTN adalah layak memohon pinjaman PTPTN untuk membiayai pengajian mereka di UNIMEL. Pihak UNIMEL akan berusaha keras untuk memastikan pelajar yang hendak membuat pinjaman memperoleh pinjaman pada tempohnya. Berikut merupakan pautan PTPTN untuk permohonan: https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi www.unimel.edu.my/Fakulti Undang-Undang dan pelajar hendaklah mengisi borang yang disediakan dalam pautan https://forms.gle/iRb1JGV1wvHELLFc9 ataupun boleh berhubung terus dengan pejabat Fakulti Undang-Undang di talian 06-3579275/ 06-3878411.

Dokumen yang diperlukan termasuk salinan sijil akademik, kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan dokumen sokongan lain yang berkaitan.

i. Program Pra-Siswazah (Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)
Tarikh buka permohonan: 3 Mac 2025
Tarikh tutup: 23 Jun 2025
ii. Prog Pasca-Siswazah (Ijazah Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah)
Dibuka sepanjang masa.

Status permohonan boleh disemak melalui portal rasmi Fakulti Undang-Undang UNIMEL atau dengan menghubungi Bahagian Kemasukan universiti.

Ya, UNIMEL mempertimbangkan permohonan pelajar pindahan dengan pemindahan kredit, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan fakulti berkaitan.